Sunday, February 27, 2011

Hatimu,,,

Aku ketuk kau,,
kau diam,,
tapi aku harap kau marah,,

aku diam,,
kau diam,,
aku harap kau ketuk aku,,

dulu kau bukan sebegitu,,
kau hilang jauh,,,,
sangat jauh,,
entah kemana,,

tapi kau dekat dihatiku,,
aku harap kau tahu,,,

Sahabat untuk,,,

kau sahabat baek ku,,
kau ade keta,mudah aku nak tumpang,,

kau sahabat kesayangan aku,,
kau pandai,,senang aku nak tiru,

kau sahabat ku,,
kau orang senang,bule belanja aku selalu,

bukan untuk kesenangan,,
tp kau sentiase sempurna dimata ku,,

bukan untuk kegunaan,
tapi kau sahabat ku,,,

walau ditakdir kau hilang semua itu,,
kau masih sahabat kesayangan aku,,,

rindunye dkat kau,,,=(

Thursday, October 28, 2010

~LUCKY~

aku selalu bertuah,,dlm study,,,tp nmpk nye HANG TUAH dah jauh tglkan aku,,,sekarang sumenye cume usaha,,,
tp aku suka word nie,,,thanx missi niesa,,,

ok
if u still hve luck with u
if not
i cn lend mine to u
but
promise to
do effertly
effortly


GUD LUCK to myself,

Monday, June 21, 2010

Kasih abadi papa

“Saya benci papa!!!,”itu yang aku ucapkan disaat papa memberi perkhabaran yang selamanya mengubah kehangatan kasih sayang aku terhadap papa.Hanya kedinginan yang aku rasakan setiap kali nama papa disebut.
“Papa akan berlepas ke Uk,papa akan menetap disana setelah bernikah dengan mak cik kamu.Segala urusan pejabat dan hal syarikat papa serahkan kepada Along,”ucap papa.
“Apa? Apa yang papa merepek nie? Along baru berusia 18 pa.Mak.....Apa papa dah lupa pengorbanan mak.Papa lupa janji-janji papa pada mak sebelum mak manghembuskan nafasnya yang terakhir? Apa papa dah kemaruk sangat ke nak khawin?” bentak aku.
“PANG!!!!!!”
“Terima kasih papa.Along akan ingat hadiah papa ini.Semoga papa berbahagia dan semoga papa jumpa apa yang papa cari di sana.Papa jangan bimbang.Along tak kan kacau papa lagi,”deras air mata aku mengalir.
“Kalaulah mak masih ada,anak dara mak ini tak kan diuji sebegini mak,”rintih aku sendirian.

Meskipun peristiwa itu berlaku 2 tahun lepas, namun tak pernah sekali aku melupakan saat-saat itu.Saat terakhir aku melihat papa.Saat yang memisahkan aku dan papa selamanya.Saat yang membenihkn perasaan benci aku terhadap papa.
Sejak itu aku menguruskan syarikat peninggalan papa.Walaupun aku membentak kerana terpaksa menguburkan impian aku untuk sambung belajar,terpaksa mengorbankan masa muda aku,namun aku sedar syarikat ini adalah usaha mak,pengorbanan mak dan kasih sayang mak.
“Along akan jaga syarikat ini mak,seperti mak jaga along,”

Bergelar sebagai seorang CEO syarikat pada usiaku 18 tahun,bukanlah satu bebanan yang ringan bagi aku.Semua keputusan terletak ditangan aku.Malah aku mengalami masalah untuk meyakinkan anak-anak buahku.Keputusan dan kewibawaan aku sering diragui.Hampir aku putus asa,tapi janji aku terhadap mak sering kali membakar semangat aku.Papa??? Sudah lama aku lupuskan perkataan ini dari kamus hidup aku.Sampai saat ini aku masih tak boleh maafkan papa.Bagi aku papa sangat pentingkan diri sendiri.Ingin membina mahligai bahagia tanpa aku.Papa seolah-olah menidakkan kebahagian yang pernah tercipta di sini dengan meninggalkan segalanya disini.Rumah,syarikat malah aku.
“Cik Isya,” panggilan itu menarik aku ke alam realiti.
“Ya”
“Semua sedang menunggu Cik Isya di bilik mesyuarat,Tuan Kamal turut berada disana.”
“Erm,sebentar lagi saya datang.Kamu pergi dulu.”

Tuan kamal.Dia merupakan pak cik aku.Abang kepada mak aku.Betapa dialah yang selalu memberi dorongan kepada aku,membantu aku.Tapi dia jugalah yang selalu nasihatkn aku agar memaafkan papa.
“Isya,tak baik Isya benci papa Isya sampai macam tu.Kan dia papa Isya.Walau apa pn yang berlaku die tetap papa Isya.Pak Long tak suka Isya benci papa sampai macam itu,”
“Pak Long, tak paham apa yang Isya rasa.Isya rase terbuang Pak Long.Pak Long tengoklah pernah ke sekali papa pulang mahu pun telefon tanya khabar Isya.Tak pernah pak long.Dah 2 tahun,2 tahun pak long.Pak Long pun tak pernah penat ke cakap pasal papa,Isya dah penat Pak Long.Dah penat.Isya pun tak nak tahu apa yang berlaku pada papa.Hidup ke mati ke.Isya tak kisah”
“Isya!!!!”tegur pak long dengan nada yang tinggi.

Satu hari di taman di halaman rumah,
“Pak Long dapat panggilan telefon tadi dari UK.Pak Long rasa sudah masanya Isya tahu perkara sebenar.Mari Isya duduk sebelah Pak Long ini.Sebenarnya nak,papa tak pernah lupakan Isya.” Nada Pak Long mengendur.Dia seperti sedang menahan kesedihan.
“Pak Long sudah-sudah lah tu.Isya tahu sapa diri Isya dalam hati papa.”aku mengorak langkah namun langkah ku terhenti...
“Papa Isya tengah tenat Isya.Dia nak sangat jumpa Isya.Sebenarnya nak,papa Isya tak pernah khawin lain.Betapa kasihnya Idham pada adik Pak long.Papa Isya ke luar negara untuk menerima rawatan lanjut.Papa Isya sakit .Dia ada barah otak.”
Aku tersentak.Jadi selama ini aku yang bersalah.Aku yang salah kerana membenci papa.Aku mula menangis teresak-esak disisi Pak Long.
“Papa Isya tak nak Isya lihat dia menderita.Dia tak nak Isya menangis lihat keadaan dia.Dia tak nak ganggu emosi Isya sebab itu dia buat keputusan untuk tidak memberitahu perkara sebenar pada Isya.Dia sayang Isya.Sepanjang 2 tahun ini,dia selalu telefon Pak Long untuk bertanya khabar Isya.Dia rindukan Isya.Malah sedikit pun dia tidak ambil hati bila Isya buat keputusan untuk membenci dia.Dia harap yang dia akan pulih dan kembali ke sisi Isya seperti dulu.Tapi kita hanya merancang nak.Pembedahan papa Isya tidak berjaya sebab itu 2 tahun ini dia langsung tidak pulang ke Malaysia.”

“Papa....” kini aku berada di UK dan di depan mata aku sekujur tubuh yang terlantar di atas katil.Betapa sakit yang dialami oleh papa telah menarik sedikit demi sedikit kecergasan dan kelincahan papa.
“Isya,anak papa.”terketar-ketar papa memanggil aku.
“Papa,Isya...”
“Sudahlah Isya.Sikit pun papa tak ambil hati.”betapa payah papa untuk menghabiskan kata-katanya.Seperti banyak yang ingin papa kongsikan dengan aku tapi hanya linangan air mata yang mengiringi setiap katanya.Papa yang ku lihat tak sama seperti dulu.Papa dah kehilangan upaya untuk berjalan.Rambutnya semakin gugur.Betapa menderitanya papa menanggung sakitnya sendirian.
“Papa,Isya minta maaf.Isya minta maaf pa.Papala,papa Isya.Isya sayang papa..Maafkan Isya,pa.”

Kini,aku betul-betul kehilangan seorang ayah.Kasih sayang seorang ayah yang abadi.Mungkin betul kata Hanis,kawan baikku.
“Kasih ayah ni Isya jarang kita dapat lihat.Ianya seperti titis hujan dalam lautan.Kita tak nampak tapi ianya ada,malah sangat banyak.”

NUR ISYA BINTI IDHAM
Selamanya kasih papa akan ku rasa selagi nama papa terpahat di nama ku.

SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH KU BAHARUDIN MOHAMAD...wit lurve..

Tuesday, June 8, 2010

1st enTRY di buat 1 hari sebelum berakhirnye foundation

7/7/2010,,,FINAL!!!! FINAL!!!! yaAllah hanya tuhan yang tahu rase kecuakan dalm dri,,,
gementar,,,mengigil mse tgu dewan buka hari pertama,,,,,
lebih mengecewakn byk skln x pat jwb,,huhuhu,,,,(hopefully still in target}
any how,,,dlm blog nie nak share la pasal kwn2 yg sme2 x tdo mlm sbb stdy,,,(kes laz minute)
huhu,,,,,,


alamak,,,,tenet lmbt pulak,,,,,chemist pn da menyeru2,,,
tgk la daku2,,,next tyme pic ya,,,
burbye,,,,,